Lelaki ditemukan mati tergantung 

Lelaki ditemukan mati tergantung 

ANGGOTA polis mengusung mayat seorang lelaki yang ditemukan mati tergantung di dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Iboi, Kupang, Baling, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang lelaki ditemukan mati tergantung di dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Iboi, Kupang, di sini semalam.

Lelaki Melayu berusia 41 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh isterinya kira-kira pukul 7.36 malam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan mayat tersebut.

Katanya, mangsa didapati menggantungkan diri menggunakan tali.

“Mangsa bekerja sebagai buruh binaan dan sudah berkahwin serta tinggal bersama keluarganya.

“Siasatan awal mendapati mangsa berada dalam keadaan kemurungan dan mempunyai masalah keluarga dan sentiasa mengasingkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa tinggal di rumah bersama seorang anak dan mengunci pintu bilik sebelum menggantungkan diri.

Sementara itu, tambahnya, isteri mangsa pula keluar ke kedai untuk membeli barang.

“Kejadian hanya disedari oleh isteri mangsa selepas balik dari kedai membeli barang. Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan luka atau darah ditemui pada tubuh badan mangsa,” ujarnya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Kulim untuk bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya