Lapor peniaga jual barang kawalan lebihi harga siling

Lapor peniaga jual barang kawalan lebihi harga siling

ROMANI Wan Salim (tengah)  memeriksa harga barangan keperluan di TF Mart, Alor Setar, Kedah, hari ini. - FOTO/MOHD. RIFAAT ABD. HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR STAR: Pengguna di negeri ini digesa membuat laporan terhadap peniaga yang menjual barangan kawalan melebihi harga siling yang ditetapkan kerajaan mengikut  Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa, tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Romani Wan Salim berkata, berdasarkan laporan tersebut, pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap peniaga yang ingkar.

“Kita perlukan kerjasama daripada pengguna untuk menyampaikan maklumat tersebut supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu atau syarikat yang didapati menaikkan harga dan gagal mempamerkan tanda harga di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan harga di TF Mart, di sini hari ini. 

Sementara itu, Romani memberitahu, bekalan barangan keperluan seperti sayur-sayuran, daging lembu, santan dan ayam proses mencukupi untuk musim perayaan ini. 

“Saya amat yakin harganya juga tidak akan melebihi harga siling dan kementerian akan sentiasa memantau keadaan,” katanya. 

Mengenai lawatannya hari ini, Romani berkata, beliau berpuas hati dengan harga barangan kawalan yang dijual di kedai itu.

“Harga barangan tertentu di sini sangat memuaskan, saya perhatikan ada produk yang lebih murah sehingga RM2 berbanding harga siling seperti halia import dan kacang panjang. 

“Kerajaan melaksanakan Skim Harga Maksimum bagi perayaan Hari Raya berkuat kuasa 26 April hingga 6 Mei 2022 bagi menstabilkan harga barangan dan memastikan ketersediaan bekalan di pasaran.

Tempoh tersebut akan meliputi seminggu sebelum Hari Raya dan tiga hari selepas perayaan. 

Skim itu akan meliputi sejumlah 22 jenis barangan daripada sayur-sayuran hingga barangan kering, produk ayam dan daging. #kw Kedah, hari raya, harga siling, barang keperluan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya