KANGAR: Polis melakukan rombakan melibatkan jawatan lapan ketua jabatan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.
Pemangku Asisten Komisioner (ACP) Wari Kiew dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah menggantikan pemangku Superintenden Sarih Salleh.
Superintenden Mohd. Hasazli Yaakub pula memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menggantikan pemangku Deputi Superintenden (DSP) Wiswannadan Ayokandoo.
Sementara itu, jawatan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik pula diserahkan kepada Superintenden Saifudin Aslin Abbas bagi menggantikan DSP Rosmizaan Abdul Wahab.
Pemangku ACP Azizan Tukiman@A. Rahman dan ACP Mohd. Rosli Yusoff Alfakree pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan dan Ketua Cawangan Khas masing-masing menggantikan Superintenden Megat Ayop Megat Arifin dan Superintenden Md. Sairol Siron.
Megat Ayop pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi yang sebelum ini dipegang oleh DSP Hamdan Edwin@Kamarudin.
Dalam pada itu, jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang sebelum ini disandang oleh ASP Tungku Nooraziela Tungku Mohzar diserahkan kepada pemangku Superintenden Wan Aedil Wan Abdullah.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam pula diserahkan kepada DSP Mohd Anuar Junoh menggantikan ASP Hamid Ainguan.
Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad mengucapkan terima kasih kepada bekas ketua-ketua jabatan kerana selama ini bersamanya bagi memastikan kontijen tersebut cemerlang dalam setiap penugasan.
“Tahniah juga kepada ketua-ketua jabatan baharu. Saya amat berharap, tuan-tuan dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang, komited, amanah dan integriti dalam menaikkan nama baik PDRM Perlis,” katanya dalam majlis serah terima tugas di IPK Perlis hari ini. – UTUSAN