Laluan saya bukan mudah - Fazley Yaakob

Laluan saya bukan mudah, dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan – Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, menitipkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas segala rezeki yang dikecapi sepanjang hidupnya sempena ulang tahun kelahiran ke-44, hari ini.

Menurut Fazley, pelbagai cabaran yang dilalui dengan reda dan hati yang terbuka sepanjang kehidupan.

“Syukur Alhamdulilah, diberikan keredaan untuk kekal mengejar pahala dan mencari rezeki sehingga hari ini. 24 tahun dalam dunia seni, 10 tahun dalam dunia masakan serta lima tahun sebagai ketua keluarga besar (selepas pemergian bapa tersayang).

“Laluan saya bukan mudah, pelbagai dugaan fizikal dan emosi telah saya lalui selama ini. Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan.

“Bapa dulu keluarga peniaga gerai mi goreng di kEdah dan ibu keluarga penoreh getah juga pembuat kuih-kuih melayu di Negeri Sembilan,” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, dia menyifatkan pengalaman lepas adalah menjadi panduan dalam hidupnya selama ini.

“Seawal usia bawah lima tahun, sudah pernah merasai kepayahan tiadanya baju raya baharu, dibesarkan di kampung kerana ibu tidak mampu untuk besarkan saya di Kuala Lumpur kerana kepayahan hidup.

“Namun kami tetap kaya kasih sayang dari dulu sehingga ke hari ini. Ternyata, inilah ilmu dan pengalaman yang saya jadikan panduan
hidup.

“Kasih sayang tidak boleh dijual beli dan harta dunia belum mampu membahagiakan. Ibu dan Ayah kita adalah anugerah terbesar dunia akhirat, kebahagiaan mereka adalah punca kejayaan kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fazley turut menitipkan pesanan agar tidak perlu membalas semula kejahatan dan tetap senyum apa menerima kutukan daripada pihak tertentu.

“Anak dan isteri adalah kebun pahala. Usahalah membahagiakan mereka dengan perhatian dan kasih sayang. Pengorbanan itu perlu demi kelansungan hidup. Biarlah orang membuat jahat pada kita, kita usahalah untuk kekal senyum dan reda.

“Tak perlu balas kejahatan dengan kejahatan, diam dan memaafkan lebih mulia. Jangan sia-siakan mereka yang menyayangi kita, jangan abaikan mereka yang beri kita perhatian yang kita perlukan. Usah di kejar sesuatu yang bukan milik kita.

“Jangan lalai dengan apa yang kita telah ada. Orang tak suka kita? Senyum! Orang kutuk kita? Senyum! Orang kita melampau lampau? Sekat dan padam!” coretnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya