Kuih RM1 sebungkus jadi ‘lubuk’ pahala Siti Maimunah

Kuih RM1 sebungkus jadi ‘lubuk’ pahala Siti Maimunah

SITI Maimunah Deraman menunjukkan kuih-muih RM1 sebungkus yang dijual di gerainya di Kampung Tanjong Baru, Taman Buaya, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kenaikan harga bahan mentah tidak menghalang seorang ibu tunggal dari Kampung Tanjong Baru, Taman Buaya, di sini menjual lebih 20 jenis kuih dengan harga murah RM1 sebungkus.

Antara yang ‘laku keras’ setiap hari ialah agar-agar, buah Melaka, seri muka dan kek batik.

Siti Maimunah Deraman, 64, berkata, selain membantu orang ramai yang terkesan dengan penularan Covid-19, inisiatif menjual kuih murah itu diharap dapat menjadi ‘lubuk’ pahala kepadanya sepanjang Ramadan ini.

“Kesan kekangan pergerakan akibat Covid-19 masih lagi dirasai banyak pihak terutama mereka yang berpendapatan rendah. Keperitan mereka ditambah pula peningkatan harga barang ketika ini.

“Jadi saya kesempatan buat kebajikan supaya dapat meringankan beban penduduk yang terkesan Covid-19 dengan menjual kuih-muih pada harga RM1,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Siti Maimunah memberitahu, gerainya laris setiap hari dan rata-rata pelanggan baharu terkejut mendapat tahu harga kuih-muih yang dijual cuma berharga RM1 sebungkus berbanding RM3 hingga RM5 di tempat lain.

“Saya seronok apabila melihat orang ramai terutama golongan yang berpendapatan rendah dapat membeli air tangan saya ini untuk dibawa balik dan dijamu kepada keluarga masing-masing,” katanya.

Gerai wanita itu beroperasi bermula pada pukul 3 petang dan biasanya ditutup dalam tempoh dua jam kemudian kerana jualan sudah habis licin. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN