KPPK tubuh jawatan kuasa khas selesai masalah pekerja asing di ladang

KPPK tubuh jawatan kuasa khas selesai masalah pekerja asing di ladang

ZURAIDA Kamarudin (dua dari kanan) ditemani Khoo Yeow Chong (kanan) melawat kilang DFSB di Olak Lempit, Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (KPPK) menubuhkan Jawatankuasa Menyegerakan Permohonan Kelulusan Pekerja Asing bagi mempercepat prosedur kemasukan pekerja asing.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, jawatan kuasa tersebut memastikan sebanyak 500,000 permohonan yang tertunggak segera diproses untuk tindakan selanjutnya bagi memenuhi keperluan pada sektor perladangan.

“Kita menubuhkan satu jawatan kuasa bagi mempercepat kelulusan membawa masuk pekerja asing di bawah KPPK.

“Jawatan kuasa tersebut ditubuhkan Selasa minggu lalu untuk memastikan kemasukan pekerja asing dapat dipercepat bagi menampung keperluan di sektor perusahaan, perladangan dan komoditi,” katanya sempena Lawatan Kerja Ke Syarikat Dynamic Furniture Sdn.Bhd. (FSB) di Olak Lempit, dekat sini, hari ini.

Yang hadir sama pemilik syarikat DFSB, Khoo Yeow Chong.

Zuraida menambah, pada lawatan tersebut pihak industri perabot turut menyatakan masalah tenaga kerja warga asing yang amat berkurangan.

“Selain itu pihak industri perabot turut menyatakan tentang isu gaji minimum RM1,500 dan  isu tentang bayaran yuran perkapalan yang tinggi 40 peratus berbanding China menyebabkan pihak industri menghadapi kekurangan pesanan dari negara luar.

“Kedua isu masing-masing saya akan saya bincang dengan Menteri Sumber Manusia dan Menteri Pengangkutan,” katanya.

Mengulas mengenai kekurangan pekerja asing dalam industri perabot, Yeow Chong berkata sebanyak 30,000 pekerja warga asing diperlukan untuk industri tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya