Kos ibadah haji: Salahuddin persoal pendirian kerajaan

Kos ibadah haji: Salahuddin persoal pendirian kerajaan

SALAHUDDIN AYUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Salahuddin Ayub mempersoal di manakah pendirian kerajaan dalam membantu umat Islam di negara ini untuk menunaikan ibadah haji. 

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, selepas dua tahun umat Islam dibenarkan kembali untuk menunaikan haji, namun kos mengerjakan haji pula meningkat melebihi RM25,000. 

Katanya, peningkatan itu menunjukkan berlakunya peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding tahun 2019, iaitu sebanyak RM22,000. 

“Namun, apabila subsidi diberikan kerajaan, maka jemaah haji hanya perlu membayar sebanyak RM9,980. Kerajaan juga digesa menyatakan apakah kadar bayaran sebanyak RM9,980 ini dikekalkan pada tahun ini seperti pada tahun-tahun sebelumnya.

“Oleh itu, saya juga menggesa kepada pihak Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) melalui kerajaan untuk segera menyatakan berapakah kadar subsidi yang boleh diperuntukan untuk jemaah haji pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Kelmarin, Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengakui kos untuk jemaah Muassasah tahun ini lebih RM25,000 untuk seorang, susulan peningkatan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan Kerajaan Arab Saudi. 

Peningkatan 12 peratus itu mengambil kira peningkatan Cukai Tambah Nilai yang dinaikkan dari lima peratus kepada 15 peratus dan beberapa caj perkhidmatan tambahan, tidak mengambil kira pelbagai peningkatan kos dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu dilaksanakan tahun ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad juga dilaporkan berkata, kerajaan memberi jaminan pemberian subsidi kepada jemaah akan diteruskan, namun perbincangan lanjut akan dilakukan bersama Tabung Haji sebelum kos bayaran yang akan ditanggung jemaah ditentukan.

Dalam pada itu, susulan kebenaran sejuta jemaah untuk menunaikan ibadah haji, Ahli Parlimen Pulai itu menggesa kerajaan menjelaskan kuota menunaikan haji yang diperuntukkan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada negara ini. 

“Saya juga mencadangkan agar kerajaan mengutamakan jemaah haji yang belum pernah menunaikan haji bagi memenuhi kuota yang diperuntukkan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya