Kontena dibawa lori jatuh dari jejambat - Utusan Malaysia

Kontena dibawa lori jatuh dari jejambat

Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa kemalangan membabitkan sebuah kontena dibawa lori terjatuh dari atas jejambat di Jalan Pelabuhan Klang, Pulau Indah di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Dua pemandu lori nyaris maut apabila sebuah kontena sarat muatan terjatuh pada ketinggian kira-kira 12 meter dari jejambat di Jalan Pelabuhan Klang, Pulau Indah lalu menghempap treler yang bergerak di bawah jambatan itu.

Kontena tersebut  menimpa  belakang lori treler membawa sarung tangan yang kemudian dilanggar pula sebuah lori lain.  Pemandu lori tersebut tersepit di tempat pemandu.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari apabila pemandu lori treler yang membawa kontena terbabit dikatakan hilang kawalan sebelum terbalik.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.17 tengah hari sebelum mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja bergegas ke tempat kejadian.

“Sebuah lori kontena lain terlanggar kontena tersebut dan mengakibatkan pemandunya tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederaan. Namun dia berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemandu berusia 49 tahun itu dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan rakaman video dan gambar kemalangan tersebut tular dalam media sosial memaparkan kontena yang sarat dengan muatan barangan kitar semula jatuh dari atas sebuah jejambat.

Menerusi perkongsian pengguna, kejadian tersebut mengakibatkan kesesakan di laluan menghala ke Lebuhraya Shah Alam (Kesas).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, memberitahu sebelum kejadian, lori treler  di atas jejambat berkenaan dalam perjalanan menuju ke Lebuhraya Selatan Lembah Klang (SKVE)

“Sampai di lokasi kejadian, lori dipandu lelaki berusia 37 tahun hilang kawalan lalu terbabas dan kontena dibawa  jatuh ke bawah susur jalan,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya