EB Frozen Food

Kongsi rezeki bubur lambuk EB

Gelagat kanak-kanak Sekolah Rendah Agama Masjid Mua’dz bin Jabal ketika mengambil bubur lambuk daripada kakitangan EB Frozen Food Sdn. Bhd. dan kakitangan Media Mulia Sdn. Bhd. selepas selesai solat Asar dalam Program Kongsi Berkat di Masjid Mua’dz bin Jabal, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, kelmarin. – utusan/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran EB Frozen Food Sdn. Bhd. (EB) dan Media Mulia Sdn. Bhd. tidak hanya memberi bubur lambuk malah disertakan dengan nuget tempura ayam, ring rolls (gegelang kacang soya) dan cenderamata di Masjid Muadz Jabal, Taman Setiawangsa, di sini kelmarin.

Bubur lambuk yang juga sinonim dengan kedatangan Ramadan menjadikan juadah ini sebagai pilihan makanan untuk diagihkan kepada orang ramai buat juadah berbuka puasa

Eksekutif pemasaran EB Frozen Food Sdn. Bhd., Nurul Fatihah Jamil berkata, tujuan mengedarkan bubur lambuk adalah berkongsi rezeki dengan penduduk sekitar Setiawangsa.

“EB dengan kolaborasi Media Mulia menjalankan Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk untuk memberitahu kepada umum bahawa EB merupakan produk yang halal di samping memberikan pek makanan ini.

“Edaran bubur lambuk adalah tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang pertama kami lakukan pada tahun ini dan kelainan yang kami berikan pastinya disertakan produk EB sendiri iaitu nuget ayam tempura, ring roll (gegelang kacang soya) dan barulah bubur lambuk,” katanya.

Fatihah berkata, program Kongsi Berkat Bubur Lambuk tidak terhenti di situ sahaja sebaliknya akan diteruskan ke tiga lagi lokasi iaitu di ibu negara dan Johor Bahru.

“Ini lokasi ketiga dan secara keseluruhannya kami sudah edarkan 3,000 pek bubur lambuk kepada orang ramai dan perkongsian dijadualkan dua lokasi di Kuala Lumpur dan satu di Johor Bahru.

“Agihan dibuat sekitar pukul 4.30 sehingga pukul 6 petang di sekitar masjid dan untuk jemaah yang hadir untuk berbuka di kawasan masjid Mu’adz bin Jabal, Setiawangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Imam Masjid Mu’adz bin Jabal, Husaini Harun menyatakan syukur dan teruja dengan majlis pemberian bubur lambuk pada kali ini.

“Alhamdulillah, syukur semua berjalan dengan lancar, dari proses memasak hingga proses edaran dan makanan dapat diberikan kepada ibu bapa, penduduk setempat serta para jemaah.

“Sangat unik edaran kali ini kerana sebanyak 1,000 pek bubur lambuk disediakan dan diberikan sekali dengan nuget ayam tempura, ring roll dan sebagainya, pasti membawa kegembiraan kepada lain juga” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya