KID 2.0 fokus penghayatan Ramadan 

KID 2.0 fokus penghayatan Ramadan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program penghayatan bulan Ramadan Konvensyen Islamik Digital 2022 (KID 2.0) anjuran Islah Movement sekali lagi diadakan dengan konsep baharu tahun ini.

Ketua program, Saiful Islam Mohd Naser berkata, program bermula 31 Mac lalu sehingga 24 April depan itu akan diisi dengan pelbagai pengisian program Islamik bertemakan ‘Ambang Cinta Ramadan’.

Malah katanya, program ini mengetengahkan konsep baharu yang dibuat secara digital turut menampilkan pelbagai ikon penceramah.

“Apa yang paling penting, program seperti bertujuan untuk menyatukan gerak kerja bagi memberi peluang kepada generasi muda lebih memahami bahasa al-Quran iaitu bahasa Arab.

“Kebersamaan dalam misi digitalisasi al-Quran ini disambut baik Islah Movement bagi mencapai misi yang sama iaitu kesepaduan ummah dengan pemahaman bahasa al-Quran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beberapa penceramah dan ikon terpilih seperti Imam Muda Nazrul, Dr Anuar Hasin, Pencetus Ummah (PU) Yeop, Acap Fine, Ustaz Haslin Bhaarim serta Ustaz Abdullah Khairi dijemput dalam program KID 2.0.

Selain penceramah, beberapa kumpulan nasyid turut terbabit termasuk kumpulan Hijjaz, In-Team dan Rabbani yang dilakukan secara dalam talian.

Program kali ini ditambah baik dengan kolaborasi bersama Think Osem Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat yang mencipta aplikasi pembelajaran dalam talian untuk murid sekolah rendah.

Dalam pada itu, Saiful Islam berkata, sebanyak 100,000 naskah al-Quran disasarkan bagi edaran di Sabah dan Sarawak menerusi projek Infaq Quran Qaseh Borneo.

Menurutnya, menerusi projek ini, semua guru pengajian yang dipilih akan membantu komuniti Islam di Sabah dan Sarawak untuk melancarkan pembacaan al-Quran  mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya