Khemah besar? Bukan itu kemahuan rakyat? - Mohd. Shafie

Khemah besar? Bukan itu kemahuan rakyat? – Mohd. Shafie

MOHD. Shafie Apdal menyampaikan sumbangan Ramadan kepada golongan yang memerlukan di Kampung Sembulan di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Khemah besar bukan pendekatan terbaik yang mampu menjamin kemenangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketika ini, rakyat inginkan perubahan dalam kepemimpinan negara dan sudah terbukti melalui dua Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini bagaimana rakyat menolak Pakatan Harapan (PH) yang bergabung dalam satu khemah besar.

Itu pandangan Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengenai keperluan pembangkang bergabung bagi membentuk khemah besar menjelang PRU15.

“Ini bukan soal khemah besar tapi, apa yang rakyat mahu adalah pilihan kerana mereka inginkan perubahan dalam kepemimpinan. Lihat apa berlaku di Pakistan sekarang, lihat apa berlaku di Indonesia, mereka juga mahukan perubahan.

“Jadi, jangan paksa orang. Saya tahu itu bukan parti saya dan terserah kepada PH untuk memutuskan apa mereka mahu.

“Jangan salahkan kita sebab keputusan rakyat. Jika rakyat tidak undi mereka (PH), bukannya salah saya.

“Rakyat mahukan sesuatu yang berbeza, mereka mahukan perubahan dan bukan sekadar kata-kata tapi amalannya,” katanya semasa majlis berbuka puasa bersama masyarakat setempat semalam.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, bagi Warisan, keutamaan mereka adalah memperkukuhkan parti terlebih dahulu dan bukannya memikirkan tentang khemah besar.

Mohd. Shafie berkata, jika dilihat pembangkang telah bergabung membentuk khemah besar semasa PRN Melaka dan Sarawak tapi, mereka kalah. Rakyat sudah memutuskan tiada pilihan di situ maka, harus dilihat apa yang tidak kena dengan formula berkenaan.

“Kita tidak boleh buat andaian rakyat akan terima apa yang kita mahu, kita kena sesuaikan diri dengan perubahan dan kehendak rakyat di peringkat akar umbi.

“Lihat apa rakyat mahu dan bukannya apa kita mahu kerana sekarang rakyat sedang berhadapan kesukaran akibat tiada pekerjaan,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyatakan pendekatan khemah besar tidak merangkumi penyatuan atau kerjasama dengan parti-parti yang berada dalam kerajaan sama ada UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahupun Pas.

Jelas beliau, khemah besar yang dimaksudkan adalah soal penyatuan dan kerjasama parti-parti pembangkang bagi menghadapi PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya