Kesedaran awam meningkat, orang ramai berani padam kebakaran

Kesedaran awam meningkat, orang ramai berani padam kebakaran

SEORANG petugas pasar raya mencuba memadamkan api ketika demonstrasi pemeriksaan memadam kebakaran dalam program Kempen Keselamatan Kebakaran dan Op Rondaan Sempena Musim Perayaan Aidilfitri Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan di Seremban 2, Seremban, hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tahap kesedaran dan kepatuhan orang awam terhadap keselamatan kebakaran di Negeri Sembilan kini semakin meningkat dan ia dilihat didorong menerusi kempen-kempen yang dilaksanakan di media sosial.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Abd. Rahman Ali malah berkata, orang awam kini juga semakin berani untuk mengambil langkah perlu untuk memadamkan kebakaran sebelum ketibaan anggora bomba.

ABD. RAHMAN ALI

“Kami dapat melihat tahap kesedaran masyarakat yang semakin tinggi dan baik terutamanya dalam kalangan pemilik rumah. 

“Mereka amat mengambil berat tentang kesedaran berkaitan kebakaran dan diperoleh melalui kempen yang telah dilaksanakan dalam media sosial. Orang awam juga dilihat berani memadamkannya sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran dan Op Rondaan Sempena Musim Perayaan Aidilfitri Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan di Seremban 2, di sini hari ini.

Sementara itu, Abd. Rahman berkata, anggotanya kini telah bersedia 100 peratus bagi menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan menjelang musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Seramai 699 orang pegawai dan anggota telah bersiap siaga dalam menghadapi kecemasan termasuklah kebakaran, kemalangan dan tugas-tugas penyelamat lain semasa musim perayaan tidak sampai dua minggu lagi,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau memberitahu pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap 40 buah premis perniagaan di seluruh negeri ini.

“Pihak bomba akan terus membuat pemeriksaan secara berkala bagi memastikan premis perniagaan dapat mengikut spesifikasi tahap keselamatan yang ditetapkan bagi mengelakkan kebakaran berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya