PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan sebanyak 2,935 kes positif berbanding kelmarin, 3,471 kes sekali gus terus diatasi 7,585 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 84 kes berbanding jumlah kelmarin, 98 kes.
Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan sebanyak 56 kes berbanding jumlah kelmarin, 63 kes.
Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 1,215 kes diikuti Kuala Lumpur (462 kes), Pulau Pinang (224 kes), Negeri Sembilan (193 kes), Perak (193 kes), Johor (122 kes) dan Melaka (108 kes).
Diikuti Kedah (98 kes), Sarawak (97 kes), Pahang (74 kes), Putrajaya (56 kes), Sabah (36 kes), Terengganu (35 kes), Kelantan (15 kes), Perlis (lima kes) dan Labuan (dua kes).
Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, sebanyak 10 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,536 kes.
Selain itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,521 kes. – UTUSAN