Kertas siasatan dibuka kes MPV dibakar tepi jalan

Kertas siasatan dibuka kes MPV dibakar tepi jalan

HONDA Odyssey yang didakwa membawa beberapa lembu curi dibakar sekumpulan individu di tepi jalan di Felda Neram di Kemaman, semalam. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan sekumpulan lelaki yang dipercayai membakar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di tepi jalan di Felda Neram di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, siasatan lanjut kini dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api bagi mengenal pasti punca sebenar Honda Odyssey itu dibakar.

“Bagaimanapun, kita belum dapat memastikan sama ada lembu di dalam kenderaan itu adalah lembu curi atau sebaliknya berikutan tiada laporan polis dibuat,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Hanya berkata, pihaknya giat mengesan pemilik MPV itu dan meminta individu di dalam video berkenaan supaya tampil membantu siasatan.

Semalam tular beberapa video yang memaparkan tindakan sekumpulan lelaki menjatuhkan Honda Odyssey yang didakwa membawa beberapa ekor lembu curi sebelum bertindak membakar MPV berkenaan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya