Kerjasama PH-PN sukar dijalin - Siew Fook

Kerjasama PH-PN sukar dijalin – Siew Fook

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dengan Perikatan Nasional (PN) sukar dijalin mengambil kira sejarah hitam yang pernah PH lalui dengan parti-parti komponen dalam PN.

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook malah menegaskan, perkara tersebut seharusnya disedari oleh semua pihak yang berada di dalam PH.

“Semua pihak dalam PH perlu menyedari bahawa adalah amat sukar kerjasama dengan PN dapat dijalin dengan latar belakang sejarah hitam yang pernah kami lalui dengan parti-parti komponen dalam PN.

“Saya menyeru semua kepemimpinan dalam PH supaya membincangkan sebarang pandangan berkenaan kerjasama politik dengan pihak lain dalam mesyuarat Majlis Presiden PH dan bukannya melalui kenyataan terbuka untuk memastikan tidak ada kekeliruan dalam kalangan ahli dan penyokong kita.  

“Segala keputusan mengenai hala tuju dan kerjasama di luar kerangka PH mesti diputuskan secara bersama oleh Majlis Presiden PH,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siew Fook berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menggesa kepemimpinan PH agar tidak terus menutup ruang perbincangan bersama semua parti politik blok pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Menurutnya, langkah kerjasama dalam inisiatif khemah besar itu penting bagi memastikan blok pembangkang dapat berdepan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara satu lawan satu.

Perbincangan tersebut menurut Salahuddin termasuklah bersama Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mengulas lanjut, Siew Fook berkata, kenyataan oleh Salahuddin tersebut merupakan pandangan peribadi dan ia tidak pernah diputuskan dalam Majlis Presiden PH

“DAP berpendirian bahawa isu kerjasama antara PH dan PN dalam PRU15 tidak timbul kerana PN merupakan sebahagian daripada blok kerajaan hari ini. Konsep ‘khemah besar’ yang dipersetujui dalam Resolusi Port Dickson merujuk kepada kerjasama dalam blok pembangkang,” katanya lagi. –UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya