Kerjasama membangunkan sektor pertanian Sarawak

Kerjasama bangunkan sektor pertanian Sarawak

Abang Johari (kanan) menerima kunjungan Ronald Kiandee di pejabatnya di Kuching baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelbagai bentuk kerjasama bagi memodenkan sektor pertanian di Sarawak dan memajukan sektor agromakanan negara dibincang semasa kunjung hormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Dr. Ronald Kiandeee terhadap Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini.

Kementerian berkenaan dalam kenyataannya berkata, perhatian akan diberikan terhadap permohonan Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan untuk membantu memperkasa infrastruktur pertanian di Sarawak, khususnya agromakanan.

“Ini untuk menarik lebih banyak pelaburan swasta mengusahakan tanah luas di sini bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk-produk agromakanan berskala besar.

“Perkara ini juga sejajar dengan visi membangunkan sektor agromakanan mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan mengutamakan sekuriti makanan dan nutrisi,” katanya ketika kunjung hormat di Pejabat Premier Sarawak, di Kuching baru-baru ini baru-baru ini.

Sementara itu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri komited untuk terus menggalakkan penggunaan teknologi dalam aktiviti pertanian bagi meningkatkan hasil pengeluaran, sekali gus memastikan jaminan bekalan.

Ini kerana teknologi adalah antara langkah penyelesaian bagi menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh sektor agromakanan di peringkat domestik mahupun global.

Turut dibincangkan, cadangan penanaman jagung bijian di Bintulu dan Miri dengan kerjasama pihak swasta untuk menangani masalah import negara yang tinggi bagi produk makanan ternakan.

Untuk rekod, kerajaan melalui kementerian berkenaan memperuntukkan lebih RM150 juta kepada Negeri Sarawak melalui jabatan dan agensinya melaksanakan pelbagai projek, program dan inisiatif merentasi semua subsektor termasuk padi dan beras, perikanan, tanaman dan ternakan.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya