Kereta terbabas, terbalik dalam parit, dua terbunuh - Utusan Malaysia

Kereta terbabas, terbalik dalam parit, dua terbunuh

KEADAAN kereta yang remuk dinaiki dua mangsa yang maut dalam kemalangan di jalan Kampung Seroban, Serian, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERIAN: Dua maut dalam kemalangan jalan raya di jalan Kampung Seroban di sini malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.40 malam dan segera mengarah pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian.

Mangsa, Mohamad Rezuan Bujang, 37, dan Ariffin Suffian, 24, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut jurucakap PGO Sarawak, kemalangan berlaku ketika sebuah kereta Peugeot 207 yang dinaiki mereka terbabas ketika menuju ke bandar Serian.

Kereta itu dikatakan hilang kawalan dan terbalik di dalam parit tepi jalan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar.

“Anggota EMRS mendapati kedua-dua mangsa meninggal dunia sebelum disahkan oleh pihak paramedik Kementerian Kesihatan yang turut tiba di lokasi kemalangan. Kedua-dua mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selelanjutnya,” jelas jurucakap itu.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas sebelum melanggar benteng di Simpang Sri Aman, Lebuhraya Pan Borneo awal pagi tadi.

Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di kepalanya dihantar ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian tersebut, kereta Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun melanggar benteng sebelum terbabas ke sebelah kanan jalan.

Pasukan bomba memberi rawatan awal kepada mangsa di tempat kejadian sebelum dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk mendapat rawatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya