Kerajaan lambat bertindak punca harga ayam naik

Kerajaan lambat bertindak punca harga ayam naik

SEORANG peniaga sedang memotong ayam ketika tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Besar Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Beban kesalahan disebabkan masalah harga ayam yang masih melambung tinggi terutama ketika Ramadan, tidak wajar diletakkan pada bahu peniaga semata-mata.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, situasi yang terus menghimpit masyarakat ketika ini adalah masalah rantaian ekonomi yang sudah lama berlarutan.

Beliau berkata, sejak awal tahun lalu, para peladang dan peniaga telah membangkitkan masalah kenaikan harga dedak import dan kekurangan pekerja.

Jelasnya, ini memberi kesan langsung kepada bekalan dan harga ayam di pasaran, meskipun kerajaan telah menetapkan harga maksimum RM8.90 sekilogram.

“Kerajaan bukannya tidak tahu tentang semua masalah ini, namun tindakan yang diambil adalah amat lambat dan kurang berkesan. 

“Sejak September 2021, kerajaan kata mereka sedang mengkaji pemberian subsidi kepada pengeluar ayam dan telur. Tetapi program subsidi ini hanya dimulakan secara rasmi pada Februari 2022. 

Minggu lepas, saya juga telah dimaklumkan oleh peladang bahawa mereka masih belum menerima subsidi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Poay Tiong menambah, memandangkan rantaian bekalan ayam sudah berada dalam keadaan kacau bilau, kerajaan perlu mengkaji semula pelaksanaan harga maksimum supaya ia tidak mengganggu dan memburukkan lagi keadaan.

“Kerajaan juga perlu meningkatkan subsidi kepada pihak pengeluar. Subsidi ini perlu disegerakan supaya pihak pengeluar tidak terus menanggung kerugian,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya