Kerajaan kaji semula kad UNHCR untuk Rohingya

Kerajaan kaji semula kad UNHCR untuk Rohingya

HAMZAH ZAINUDIN (tengah) menyampaikan sumbangan kepada asnaf di Batu Kurau dekat Larut hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Kerajaan akan mengkaji semula pengeluaran kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bagi pelarian etnik Rohingya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kajian perlu dibuat bagi  memastikan etnik itu tidak terus masuk dan tinggal bebas di negara ini.

Menurutnya, kerajaan akan kajian dilakukan mengapa pemegang kad UNHCR boleh tinggal di negara ini  dengan bebas selain dengan mudah memberikan kad itu kepada pelarian yang baru tiba ke negara ini.

“Kerajaan tidak boleh memberi ruang kepada mereka mendapatkan  kad UNHCR dengan mudah.

“Orang asing datang dan masuk negara kita tanpa dokumen, selepas itu terus mahu dapat kad UNHCR, ini sesuatu yang tidak betul kerana kita bukan membuka negara kita ini untuk pendaftaran UNHCR,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada asnaf bagi kawasan Parlimen Larut di Batu Kurau dekat sini hari ini.

Hamzah berkata, pemegang kad UNHCR bukan bermakna pemiliknya boleh tinggal dalam negara ini untuk selamanya.

Menurutnya, kajian harus dilakukan kerana kerajaan tidak mahu mereka begitu mudah diberikan kad UNHCR walaupun baru tiba ke negara ini.

Katanya, walaupun Malaysia sebuah negara yang berperikemanusiaan namun itu tidak bermakna pelarian boleh masuk ikut suka hati dan bebas sewenang-wenangnya di negara ini.

“Kerajaan memang berhasrat untuk menghantar mereka pulang namun tiada negara yang mahu menerima mereka, ini yang menyebabkan kita terpaksa berikan mereka satu penempatan yang selesa.

“Jadi sepatutnya mereka tak lari dan tindakan mereka yang melarikan diri ini bermakna mereka melakukan satu kesalahan dan ingin bebas di negara ini sedangkan mereka tiada dokumen,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya