Keracunan makanan: Sampel puding buih diuji di makmal

Keracunan makanan: Sampel puding buih diuji di makmal

DR. KASEMANI EMBONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Puding buih yang dimakan dua beradik dari Kampung Seberang Tuan Chik, Kuala Nerus hingga keracunan makanan akan dihantar ke makmal untuk disiasat.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, sampel hidangan yang dibeli di sebuah gerai itu akan dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Bukit Tunggal.

“Keputusan ujian akan diperoleh dalam tempoh tujuh hari lagi,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Dua beradik berusia tujuh dan sembilan tahun itu terpaksa dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini sejak Khamis lalu selepas memakan puding buih yang dibeli ibu mereka.

Kedua-dua mangsa dilaporkan mengalami cirit-birit dan muntah pada pukul 4 pagi, namun seorang daripadanya dibenarkan pulang hari ini setelah empat hari menerima rawatan.

Kasemani berkata, sekiranya terbukti puding buih itu punca keracunan makanan dua beradik berkenaan, peniaga boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan 39, Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati membeli juadah ketika Ramadan bagi mengelak perkara sama berulang.

Katanya, telur yang tidak dimasak sempurna berisiko menyebabkan keracunan makanan kerana mengandungi bakteria salmonella.

Pada 2020, wanita berusia 25 tahun dari Marang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSNZ selepas keracunan akibat memakan puding buih yang dibeli secara dalam talian

Sebelum itu, seramai 99 mangsa dari daerah ini dan Marang dikejarkan ke hospital sama kerana mengalami muntah dan cirit-birit selepas menikmati pencuci mulut berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya