Kenyataan Isham separuh masak, bermotif politik - Pejuang Muda

Kenyataan Isham separuh masak, bermotif politik – Pejuang Muda

AKIF RUSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kenyataan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkaitan isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dianggap separuh masak dan bermotifkan politik..

Ketua Penerangan Pejuang Muda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Akif Rusli berkata, Isham dianggap sengaja menyatakan Majlis Peguam mempertahan orang yang dituduh menerima rasuah dan tindakan itu hanya bermotifkan pembelaan politik.

“Selain itu, tidak pernah wujud tuduhan terhadap Mohd. Nazlan (hakim) kecuali hanya satu siasatan yang kononnya sedang dijalankan oleh SPRM. Jadi di mana wujudnya misconduct atau salah laku jenayah itu?

“Apabila timbul isu Najib dituduh dan dijatuhkan hukuman serta dilabel sebagai ‘Plundering Idiot’ dan ‘National Embarassment”, mengapa Isham bersungguh mempertahankannya? Jadi, tidak layak langsung untuk beliau melemparkan tuduhan bahawa Majlis Peguam mempertahan individu yang menerima rasuah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, sebuah portal melaporkan tindakan Majlis Peguam mempertikai siasatan SPRM terhadap Mohd. Nazlan mengundang persoalan.

Isham mempertikai tindakan majlis itu mempertahankan orang yang dituduh terima rasuah dan sama ada kenyataan Presidennya, Karen Cheah Yee Lynn berkaitan isu itu telah mendapat persetujuan daripada ahli lain.

Selain itu, mekanisme yang ditetapkan untuk menangani isu hakim adalah amnya untuk menangani komplen salahlaku hakim atau judicial misconduct.. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya