Kelantan baiki beca secara percuma 

Kelantan baiki beca secara percuma 

MD. Anizam Ab. Rahman (kiri) berbual dengan pengayuh beca selepas menyampaikan bantuan kepada mereka di Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan, Kota Bharu hari ini. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menawarkan perkhidmatan baik pulih beca yang rosak secara percuma bagi membantu meringankan beban golongan pengayuh berdaftar di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Md. Anizam Ab. Rahman berkata, inisiatif itu diharap dapat menarik minat belia yang menganggur untuk mencari rezeki sebagai pengayuh beca.

Kata beliau, golongan belia tidak perlu berasa janggal untuk bekerja sebagai pengayuh beca kerana ia merupakan sumber rezeki yang halal, biarpun pendapatan yang diperoleh tidak seberapa.

“Kebanyakan pengayuh yang ada sekarang sudah berusia 60 tahun ke atas. Oleh itu, saya galakkan golongan belia untuk meneruskan pekerjaan tradisi ini jika mereka masih menganggur,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Sara Hidup di Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, 17 pengayuh beca berdaftar dengan kerajaan negeri menerima bantuan wang tunai sebanyak RM600 berserta barangan makanan keperluan harian bagi meringankan beban menyambut Ramadan.

Mengulas lanjut, Md. Anizam berkata, pada zaman moden ini, beca sudah dinaik taraf dengan menggunakan motor tanpa perlu dikayuh dan pengayuhnya sudah tidak perlu mengerah kudrat sebagaimana dulu.

Katanya, selain membawa orang ramai dari satu lokasi ke satu lokasi atau membawa pelancong bersiar-siar mengelilingi Kota Bharu, pengayuh juga boleh berkhidmat mengambil upah mengangkut barang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya