Kampung Warisan: Penduduk dakwa kenyataan Zairil tidak tepat 

Kampung Warisan: Penduduk dakwa kenyataan Zairil tidak tepat 

SEBAHAGIAN penduduk Kampung Warisan Nelayan Tanjung Tokong, Georgetown, Pulau Pinang ketika menyertai bantahan aman mempertahan kampung itu baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Persatuan Penduduk Kampung Warisan Nelayan Tanjung Tokong mendakwa kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berhubung isu kampung tersebut mengelirukan dan tidak tepat.

Persatuan Penduduk Kampung Warisan Nelayan Tanjung Tokong dalam satu kenyataan memaklumkan, perjanjian dinyatakan Zairil Khir yang mana penduduk akan beredar apabila disuruh adalah tidak benar.

Malah menurut kenyataan itu, tiada rekod perjumpaan daripada penduduk yang menyatakan mereka bersetuju dan berjanji beredar dari kawasan itu apabila diarah kerajaan negeri. 

“Kenyataan yang semberono ini tidak mempunyai bukti yang kukuh, jadi kami ingin tahu perwakilan mana yang Zairil Khir telah jumpa? Mana dokumen perjanjian itu dan apakah syarat-syaratnya?” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Sebelum ini, kira-kira 90 penduduk Kampung Warisan Nelayan Tanjong Tokong di sini, memohon penjelasan daripada kerajaan negeri tentang pelan pembangunan untuk komuniti nelayan di kawasan tersebut selepas bimbang akan diusir.

ZAIRIL KHIR JOHARI

Zairil Khir dalam kenyataan balas menjelaskan kawasan tanah yang diduduki penduduk itu merupakan rizab pantai, bukannya kawasan komersial seperti yang sedia ada pada masa ini.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut menambah,  perjanjian antara kerajaan negeri dengan pihak swasta adalah tidak adil terhadap penduduk kampung berkenaan.

Jelasnya, kerjasama yang dimaksudkan oleh Zairil Khir adalah perjanjian kerjasama antara Unit Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) sebagai agensi pelaksana kerajaan negeri dengan Lasallian Asia Partnership for International Schools Pte Ltd. (LAPIS) yang ditandatangani pada 15 September 2017. 

“Ini amat mengejutkan kerana komuniti nelayan pada awalnya pernah memohon Permohonan Pendudukan Sementara (TOL) sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2012, 2013 dan 2014 dan ketiga-tiga permohonan ditolak oleh kerajaan negeri sendiri,” katanya.

Sehubungan itu tambahnya, penduduk mempersoal  bagaimana kerajaan negeri boleh terlepas pandang hampir 10 tahun mengenai permohonan TOL penduduk nelayan di situ sehingga boleh melakukan perjanjian lain bersama pihak swasta.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut berkata, penduduk di situ juga tidak mahu menerima rumah kos sederhana rendah dan ex-gratia. 

“Kami perlukan tapak di pantai ini supaya akses untuk menjalani hidup seharian kami boleh diteruskan serta pengendalian dan penjagaan aset kami seperti bot, pukat dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya