'Kalau tak rasa bersalah, buat apa nak takut' 

 ‘Kalau tak rasa bersalah, buat apa nak takut’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: UMNO Bahagian Putrajaya yang bermesyuarat semalam tidak hanya bincang isu rayuan pergantungan Datuk Tun Faisal Ismail Aziz sebaliknya beberapa perkara yang lebih penting daripada itu. 

Itu jelas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya menerusi kenyataan akhbar, hari ini. 

Hisamudin berkata, beliau hairan kenapa Tun Faisal bersikap seperti kelam-kabut kononnya mendapat maklumat bahawa dirinya bakal dipecat dari UMNO. 

“Tun Faisal dapat maklumat dari mana? Kalau rasa dia tak bersalah buat apa nak takut. Bukankah dia cakap dia sentiasa di pihak yang benar, jadi buat apa kelam kabut, tunggu sajalah keputusan rayuan dia,” katanya. 

Katanya, mesyuarat semalam tidak hanya tertumpu kepada isu penggantungan Tun Faisal semata-mata sebaliknya membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

Hisamudin berkata, adalah lebih baik membincangkan program untuk membantu penduduk menghadapi kehidupan yang lebih mencabar ketika dilanda wabak Covid-19. 

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ

Sebelum ini, Tun Faisal mendakwa UMNO Putrajaya tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Rayuan Lembaga Disiplin dan mahu dirinya dipecat daripada parti. 

Jelas Tun Faisal lagi, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga kurang senang dengan keputusan lembaga disiplin itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya