subsidi haji

Jumlah subsidi haji diumum selepas tahu kuota

IDRIS Ahmad menyampaikan sumbangan barangan kepada seorang penerima di kedai Barakah Kampung Rantau Panjang di Klang, Selangor, hari ini. -UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Jumlah subsidi kerajaan untuk kos menunaikan haji tahun ini akan diumumkan selepas kuota jemaah haji dimaklumkan secara rasmi oleh Kerajaan Arab Saudi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, pihaknya akan membuat pengumuman jumlah subsidi tersebut adalah selaras dengan kuota yang akan diberikan 

“Subsidi untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini akan diumumkan mengikut kuota sebenar yang diberi oleh Kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 70 penerima bantuan dan menyampaikan Kuliah Dhuha Perdana di kedai Barakah Kampung Rantau Panjang hari ini.

Terdahulu Kerajaan Arab Saudi menerusi Kementerian Haji dan Umrahnya dilaporkan membenarkan satu juta jemaah haji menunaikan ibadah itu bagi musim 1443H/2022 kali ini. 

Jumlah yang dibenarkan itu termasuk jemaah antarabangsa dan tempatan dengan meletakkan beberapa syarat iaitu setiap bakal jemaah mestilah berusia 65 tahun ke bawah, lengkap vaksinasi seperti dikehendaki Arab Saudi dan disahkan negatif Covid-19 72 jam sebelum berlepas ke Arab Saudi. 

Dalam pada itu, Idris enggan mengulas teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan, berhubung keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Menurutnya, isu berkenaan dianggap selesai apabila kuasa hal ehwal agama Islam terletak di bawah kerajaan negeri termasuk hal berkaitan seorang aktivis Pas yang dikatakan memberikan tazkirah selepas tauliahnya ditarik balik pada Disember lalu.

“Tiada komen dan saya enggan mengulas isu tersebut. Ini disebabkan bab agama Islam adalah di bawah kuasa kerajaan negeri.

“Kerajaan pusat tidak akan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Disember lalu, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, tauliah mengajar yang diberi kepada beberapa aktivis dan pemimpin politik tidak akan diperbaharui bagi memastikan masjid dan surau tidak menjadi medan berpolitik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya