Jubli Emas MassComm: Lebih 20,000 graduan komunikasi UiTM dilahirkan - Utusan Malaysia

Jubli Emas MassComm: Lebih 20,000 graduan komunikasi UiTM dilahirkan

IBRAHIM Abu Shah meletakkan tapak tangan pada tablet sebagai simbolik perasmian sambutan Jubli Emas MassComm sambil disaksikan Massila Hamzah dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Profesor Dr. Mohd. Sazili Shahibi (tiga dan dua, kanan) di UiTM, Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih 20,000 graduan dalam bidang komunikasi massa (MassComm) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dilahirkan sejak jurusan Kajian Sebaran Am diperkenalkan di negara ini pada 1972.

Kelahiran graduan dalam bidang berkenaan dikatakan banyak menyumbang kepada pertumbuhan dan kemakmuran negara, serta menjadi peneraju industri media dan komunikasi khasnya, selain bekerja dalam pelbagai industri dalam dan luar negara.

Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah dalam ucapan pelancarannya sempena sambutan Jubli Emas Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) semalam memaklumkan, graduan yang berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan industri dalam mengharungi era Revolusi Industri 4.0.

“Melalui FKPM, bakat-bakat terpendam pelajar dapat dicungkil, diketengah dan diasah. Saya percaya, setiap kursus dan bidang pelajaran yang ditawarkan fakulti diamati dan dipikul dengan sempurna sebelum pelajar melangkah ke sektor pekerjaan.

“Mutu graduan dilihat semakin dipertingkat dengan adanya usaha berterusan pihak fakulti dalam memupuk graduan mapan,” katanya katanya.

Beliau menambah, warga fakulti perlu terbuka minda serta ‘deskill’ dan ‘reskill’ diri supaya mampu mendepani perubahan dan cabaran mendatang serta melatih dan mempersiapkan mahasiswa sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan.

Sempena sambutan Jubli Emas MassComm, bermula semalam, beberapa program dianjurkan sehingga September ini yang mana kemuncaknya bakal diraikan bersama alumni seperti  pengumpulan data DNA MassComm, MasterClass, penstriman audio sesi perkongsian bersama alumni dan sebagainya.

Menurut Dekannya, Prof. Madya Dr. Massila Hamzah, beliau merasa amat bersyukur kerana selama lebih separuh abad, FKPM menjadi kebanggaan UiTM dan sudah tidak asing bagi pengamal media di seluruh negara.

“Peredaran zaman merupakan cabaran besar masa kini lantaran penulisan, penciptaan kandungan dan hasil kerja yang berkualiti merupakan aset utama dikendong oleh graduan MassComm sementelah menjejakkan kaki ke dalam industri.

“Sehaluan dengan ciptaan teknologi yang semakin mengagumkan, fakulti giat melahirkan graduan yang berdaya saing, memenuhi kehendak industri dan saling melengkapi keperluan Keluarga Malaysia secara menyeluruh,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya