Jualan air ‘Awang tebu’ sentiasa laris

Jualan air ‘Awang tebu’ sentiasa laris

ABDUL Rashid Ismail menunjukkan kerja kerja mengisar tebu bagi mengambil airnya untuk dijual di Bazar Ramadan Membakut, Kimanis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIMANIS: Kemanisan air tebu asli yang tidak bercampur sebarang bahan lain membuatkan jualan ‘Awang tebu’ sentiasa laris setiap kali menjelang bulan Ramadan.

Abdul Rashid Ismail, yang dikenali sebagai ‘Awang tebu’ itu berkata, hampir setiap hari beliau akan memproses kira-kira 500 batang tebu dengan jualan mencecah RM1,000.

Beliau berkata, hasil jualan air tebu membolehkannya menjana pendapatan lebih RM10,000 sepanjang bulan Ramadan.

JUALAN air tebu Abdul Rashid Ismail di bazar Ramadan Membakut

“Biasanya jualan air tebu laris pada minggu pertama dan terakhir Ramadan. Kalau pertengahan Ramadan jualan agak perlahan, itu sebabnya saya kurangkan jualan air tebu.

“Namun pada tahun ini, harga jualan air tebu naik sedikit kerana harga tebu juga sudah mencecah RM1 sebatang, berbanding RM0.30 hingga RM0.50 sen sebelum ini. Bekalan tebu ini saya perolehi daripada Papar dan Andus.

“Jika dahulu sebotol air tebu bersaiz besar dijual pada harga RM8 tapi, tahun ini RM10, begitu juga dengan botol kecil yang dijual RM4 berbanding RM3 pada tahun lalu,” katanya kepada ditemui semalam.

Bercerita lanjut katanya, beliau mengambil bekalan tebu setiap hari pada minggu pertama Ramadan dan memasuki minggu kedua dan ketiga, bekalan tebu hanya akan diambil setiap dua atau tiga hari bergantung kepada jualan pada hari sebelumnya.

Katanya, tebu-tebu itu perlu dibersihkan daunnya terlebih dahulu dan kemudian baru ia dibawa dan diproses di tapak bazar supaya rasanya lebih segar.

Abdul Rashid yang sudah 10 tahun berniaga di Bazar Pekan Membakut itu rasa bersyukur kerana selepas dua tahun mereka dibenarkan berniaga dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Tambah beliau, selain berniaga semasa bulan Ramadan, beliau turut berniaga air tebu dan pelbagai jenis air semasa pasar tamu pada setiap hari Rabu dan Ahad.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya