Jual gulai kawah kumpul dana kelab bola sepak

Jual gulai kawah kumpul dana kelab bola sepak

MELLIENA Che Mat (kanan) bersama pasukan jualan menunjukkan gulai kawah yang laris di gerai TJWFC di Selising, Pasir Puteh, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Sebanyak 38 kilogram daging lembu yang dimasak gulai kawah dan dijual oleh Tok Janggut Warrior Football Club (TJWFC) Cafe di Selising, di sini habis dijual hanya dalam tempoh 45 minit semalam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, tukang masak TJWFC Cafe, Melliena Che Mat, 38, berkata, gerai itu dibuka bermula pukul 4 namun ditutup awal pukul 4.45 petang kerana sudah habis.

Katanya, jualan gulai kawah sebagai juadah berbuka pada Ramadan kali ini adalah sebahagian daripada usaha TJWFC untuk mencari sumber kewangan bagi mengisi tabung kelab bola sepak itu.

“Untuk menyediakan gulai kawah ini, kami menggunakan 38 kilogram daging lembu yang dimasak bersama umbut bermula seawal pukul 10 pagi dan mengambil masa kira-kira lima jam supaya daging benar-benar empuk.

“Selain untuk berbuka bersama keluarga, ada pelanggan membeli gulai kawah kami untuk diagihkan semula kepada golongan asnaf dan keluarga memerlukan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden TJWFC, Mohamad Yusri Ismail berkata, dianggarkan kira-kira 200 bungkus gulai kawah dijual dengan harga RM10 setiap satu.

“Kami turut menyediakan khidmat penghantaran ke pusat tahfiz, rumah anak yatim dan asnaf, surau dan masjid sekiranya ada pembeli yang menempah untuk disedekahkan sebagai juadah berbuka puasa.

“Gerai ini yang terletak di tepi jalan utama Kota Bharu-Pasir Puteh di Pekan Selising dibuka sepanjang Ramadan dan turut menjual lauk-pauk lain serta pelbagai jenis minuman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya