Jual 1,000 keping martabak rendang - Utusan Malaysia

Jual 1,000 keping martabak rendang

PEMBANTU gerai, Saadiah Mustapha memasak martabak rendang daging di Bazar Ramadan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. - UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan seorang pemuda menjual martabak dengan inti rendang ayam atau daging yang merupakan resipi ibunya, membuahkan hasil apabila makanan wajib setiap kali Ramadan itu mendapat sambutan daripada orang ramai.

Menurut Zulkifli Haidir, 32, yang berniaga di Bazar Ramadan Kelana Jaya, dia sengaja menggunakan menu rendang sebagai inti martabaknya selepas mendapat inspirasi resipi daripada ibunya, Nurasni Abd. Malik, 49, sejak 10 tahun lalu.

“Orang yang pertama mencuba dan menyebabkan martabak ini dapat dijual ialah arwah ayah, Haidir Kisap. Ketika itu dia makan martabak berinti rendang selepas dipujuk ibu untuk mencuba dan mendapat reaksi yang menggalakkan.

“Kemudian kami putuskan untuk jual di bazar Ramadan. Tetapi tak sangka jualan mendapat sambutan yang menggalakkan apabila terjual hampir 1,000 keping sehari,” katanya ketika ditemui.

Tambahnya, setiap hari dia membawa 25 kilogram (kg) tepung, 15kg rendang ayam dan 1 kg rendang daging setiap hari untuk menjual sekurang-kurangnya 800 keping martabak.

“Saya dan isteri, Siti Fairuz Zakaria akan bangun awal pagi untuk masak rendang, yang memakan masa berjam-jam lamanya.

“Malah untuk menjaga kualiti, kami masak rendang baharu setiap hari untuk pastikan rasanya segar, elok dan kekal sedap,” katanya yang juga mempunyai gerai di Taman Medan, Petaling Jaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya