Jangkitan positif Covid-19 turun bawah 10,000 kes

Jangkitan positif Covid-19 turun bawah 10,000 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 apabila merekodkan sebanyak 8,112 kes berbanding kelmarin, 10,177 kes sekali gus terus diatasi 15,765 kes sembuh. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) turut merekodkan penurunan kepada 174 kes berbanding kelmarin, 195 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan peningkatan kepada 110 kes berbanding kelmarin, 108 kes.

“Bagi kluster Covid-19, satu kluster baharu direkodkan berbanding kelmarin, dua kes sekali gus kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara  6,950 kluster. 

“Kluster aktif Covid-19 kekal mencatatkan 130 kluster berbanding kelmarin, 129 manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,820 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, sebanyak 56 kes daripada 8,112 kes positif Covid-19 semalam adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 8,056 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. 

“Bagi 56 kes kategori tiga, empat dan lima, 17 kes (30.36 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 21 kes (37.50 peratus) menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 18 kes (32.14 peratus) menerima dos penggalak. 

“Selain itu, 33 kes (58.93 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas serta 38 kes (67.86 peratus) mempunyai komorbid,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, kes yang dilaporkan menurun dengan jumlah sebanyak 12 kes berbanding semalam, 21 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 35,292 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), empat kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,453 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya