'Jangan duduk lompat melompat parti' - Mahdzir - Utusan Malaysia

‘Jangan duduk lompat melompat parti’ – Mahdzir

MAHDZIR Khalid beramah mesra dengan pelajar pelajar tahfiz pada Majlis Iftar Warga Felcra Padang Terap di Padang Terap, Kedah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti kelak diyakini mampu mengekang aktiviti lompat melompat parti dalam kalangan Ahli Parlimen setelah mereka mendapat mandat rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, RUU itu penting untuk memastikan mandat yang diberikan selepas pilihan raya terpelihara.

Begitu juga katanya, penangguhan pembentangan RUU berkenaan adalah untuk memberi peluang kepada pindaan Perlembagaan, esok supaya prosesnya berjalan dengan lancar nanti.

“Sebenarnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat penegasan supaya akhirnya undang-undang anti lompat parti ini dapat dibentangkan di Parlimen.

“Jadi sebelum kita nak buat RUU ini, kita kena buat dulu pindaan perlembagaan yang bakal dibentangkan pada hari Isnin ini (esok). Ia bagi membolehkan RUU Anti Lompat Parti dibentangkan kalau Parlimen bersidang pada Julai ini. Pelaksanaan RUU ini kira elok lah, jangan duduk lompat melompat ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Iftar Bersama Warga Felcra Padang Terap, di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka di sini semalam.

Beliau menambah, kesemua Ahli Parlimen dijadualkan menerima taklimat berkaitan pindaan perlembagaan hari ini sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat, esok.

Akhbar melaporkan, Kabinet tidak mendapat kata sepakat, malah tidak bersetuju dengan pembentangan RUU Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Penangguhan itu adalah yang kedua selepas pertama kali dijadualkan untuk dibentangkan bagi bacaan pertama pada 24 Mac lalu sebelum dianjak ke 11 April ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya