Jangan alpa, terus amalkan gaya hidup sihat - Tuanku Syed Faizuddin

Jangan alpa, terus amalkan gaya hidup sihat – Tuanku Syed Faizuddin

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kanan) berkenan meluangkan masa singgah meninjau bazar Ramadan Bintong, Kangar, Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Masyarakat perlu terus mengamalkan gaya hidup dan amalan pemakanan yang sihat bagi mengekalkan tahap kesihatan terbaik, demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Raja Muda Perlis itu bertitah, orang ramai tidak boleh terlalu alpa dan selesa dengan apa yang dimiliki ketika ini dalam aspek kualiti udara, bekalan air bersih dan nutrisi pemakanan.

“Semua rakyat harus terus meningkatkan usaha untuk mengekalkan kesejahteraan persekitaran daripada pencemaran air dan udara. Justeru, marilah bersama-sama kita menjaga kesejahteraan planet kita ini demi kesihatan semua,” titah baginda di sini hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian sempena kempen ‘Perlis Hebat; Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis serta Yayasan Tuanku Fauziah (YTF).

Mengiringi baginda, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Kempen tersebut bagi memperingati Hari Kesihatan Sedunia yang disambut pada 7 April setiap tahun bertujuan bersama-sama meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu semasa kesihatan global. 

Program tersebut turut disekalikan dengan Program Kayuhan MAIPs Peduli bagi menyampaikan agihan zakat MAIPs kepada tiga orang asnaf di sini.

Selain itu, baginda turut meluangkan masa singgah meninjau bazar Ramadan Bintong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya