Jalan utama Kampung Paya Garuk dinaiki air

Jalan utama Kampung Paya Garuk dinaiki air

JALAN utama Kampung Paya Garuk di Jerantut, Pahang yang dilimpahi air menyebabkan ia tidak dapat dilalui kenderaan ringan sementara waktu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Hujan lebat yang melanda daerah ini malam tadi menyebabkan jalan utama Kampung Paya Garuk, dekat sini dilimpahi air Sungai Jerantut.

Ia kejadian kedua air melimpah di laluan utama kampung itu pada tahun ini selepas kali pertama pada Januari lalu ekoran musibah banjir yang berlaku.

Penduduk, Ramli Jaafar, 53, berkata, kenderaan ringan seperti motosikal dan kereta tidak dapat melalui jalan utama berkenaan dan terpaksa menggunakan laluan alternatif.

“Air semakin meningkat setakat pagi tadi dan kenderaan seperti motosikal dan kereta sudah mula menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh untuk ke bandar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Difahamkan, jarak laluan utama kampung itu untuk keluar dianggarkan sekitar 1.8 kilometer manakala jarak laluan alternatif sekitar 3.5 kilometer.

Ramli berkata, kejadian jalan utama dilimpahi air sungai seringkali berlaku terutama apabila berlakunya hujan lebat namun dikatakan semakin berkurangan sejak kerja-kerja membersihkan Sungai Jerantut dilakukan. 

“Namun mungkin kerana faktor pembentung yang sempit menyebabkan air sungai masih melimpah dan menutup laluan utama kerana tidak mampu menampung hujan yang terlalu lebat,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya hujan tidak berterusan, kebiasaannya air yang melimpah akan kembali surut menjelang petang atau malam.  Laluan utama terbabit, katanya, menghubungkan sekitar 200 penduduk kampung berkenaan untuk ke bandar Jerantut dan sekitar. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya