Ismail Sabri calon PM, ahli diingatkan tidak minta ‘itu ini’

Ismail Sabri calon PM, ahli diingatkan tidak minta ‘itu ini’

AB. RAUF Yusoh bersalaman dengan ahli parti yang hadir ke majlis berbuka puasa di Villa D'Acqua, Masjid Tanah, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Ahli UMNO wajar berlapang dada menerima keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memilih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tanpa meletakkan syarat tertentu yang boleh menjejaskan parti. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, keputusan itu seharusnya dihormati dan ahli mempunyai peranan membantu memenangi pilihan raya. 

“Apabila parti telah buat keputusan maka seharusnya kita ahli-ahli perlu menerima keputusan yang dibuat oleh pihak tertinggi.

“Janganlah kita rosakkan kekuatan parti dengan meminta perkara ‘itu ini’ yang kadangkala telah dikorbankan oleh kepemimpinan demi beri ruang kepada Ismail Sabri untuk terus menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa di Villa D’Acqua, Masjid Tanah di sini semalam.

Terdahulu, MKT UMNO bersetuju untuk mengangkat Ismail Sabri menjadi calon Perdana Menteri untuk PRU-15.

Mengulas lanjut, Ab. Rauf mengingatkan ahli mengenai kepentingan sistem hierarki yang berperanan merencanakan hala tuju parti.

“Kita mesti menunjukkan kesepakatan, jangan dikocakkan air yang sedang tenang, semua ada peranan daripada jentera, Presiden parti sehinggalah peringkat akar umbi.

“Siapa juga nak jadi Presiden parti dia kena masuk proses parti, kita ada pemilihan dan lepaskan pada akar umbi untuk pilih siapa juga yang difikirkan nak menerajui parti,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya