PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membeli sebuah karya ketika berada di Lalaport Bukit Bintang City Center selepas elawat Malaysia Grand Bazar dan singgah Artists’ Corner.
Perdana Menteri berkata, karya itu memaparkan anak kecil yang sedang menimba ilmu bertemankan pelita.
“Lukisan ini amat dekat dengan hati saya dan mengimbau kembali nostalgia sewaktu kecil yang melalui pengalaman sama.
“Insya-Allah, saya akan pastikan tiada Keluarga Malaysia melalui pengalaman yang sama dan ‘kebersamaan’ kita untuk memajukan negara menjadi tunjang kepada impian ini,” katanya. – UTUSAN