Inisiatif MOTAC bantu penggiat pelancongan, seni dan budaya

Inisiatif MOTAC bantu penggiat pelancongan, seni dan budaya

NANCY Shukri mengadakan lawatan bersama pengusaha kraf semasa Festival Kraf Sarawak di Citrawarna Keluarga Malaysia 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Geran Padanan Pelancongan, Seni dan Budaya (GPPSB) yang berjumlah RM50 juta merupakan inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi
membantu penggiat industri daripada pelbagai sektor dan latar  belakang dalam penganjuran acara pelancongan, seni dan budaya  berimpak tinggi pada 2022.

Menteri Pelancongan, Seni dan  Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, geran itu seperti yang  diumumkan semasa Belanjawan 2022 di bawah Pelan Pemulihan  Pelancongan MOTAC terbahagi
kepada dua iaitu Geran Sepadan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK).

NANCY SHUKRI

 

“Jumlah keseluruhan bagi  keduadua geran ini sebanyak RM50 juta adalah untuk menyemarak dan merancakkan semula sektor  pelancongan dan kebudayaan yang terjejas teruk susulan penularan pandemik Covid-19 sejak dua tahun yang lalu.

“Pada masa sama, ia dapat membantu para pemain industri berkaitan terus berdaya saing bagi  mempromosi Malaysia sebagai  destinasi pelancongan selamat  untuk dikunjungi serta dapat merangsang ekosistem kesenian  dan kebudayaan negara untuk aktif semula,” katanya.

GERAN SEPADAN SEKTOR PELANCONGAN (GSSP)

 

NANCY Shukri menyampaikan cenderahati kepada pelancong yang
baru tiba selepas kerajaan Malaysia membuka semula sempadan
negara mulai 1 April lalu

 

 

 

 

 

 

 

GSSP memberi fokus ke atas  penganjuran program atau acara domestik dan antarabangsa apabila pintu sempadan dibuka semula  dengan mekanisme pelaksanaan adalah seperti domestik iaitu siling maksimum sehingga RM500,000 dan kadar antarabangsa dengan siling maksimum sehingga RM1 juta.

Penganjur dibenarkan memohon lebih dari satu  penganjuran acara pada tahun semasa tetapi setiap permohonan perlu mempunyai konsep dan pengisian yang berbeza.

Mereka yang layak memohon GSSP adalah Persatuan Pelancongan Malaysia sahaja;

Syarikat dan Organisasi Swasta tempatan (bukan berstatus Agen Pelancongan); Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri; Anak Syarikat di bawah Negeri; dan Persatuan / Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)tempatan.

Tempoh penerimaan permohonan adalah 60 hari sebelum penganjuran program  domestik dan 90 hari sebelum penganjuran acara antarabangsa. Tarikh akhir terima permohonan
GSSP adalah pada 31 Oktober 2022.

Tempoh pelaksanaan program yang diluluskan adalah sehingga 31 Disember ini dan sebarang pelanjutan tempoh pelaksanaan  selepas tarikh tersebut adalah tidak dibenarkan.

GERAN SEPADAN SEKTOR KEBUDAYAAN (GSSK)

GSSK merupakan inisiatif Kerajaan yang diumumkan melalui  Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan MOTAC bagi memastikan ekosistem kesenian
dan kebudayaan di negara ini terus kekal berdaya saing dan diperkasa  susulan penularan pandemik Covid-19.

Inisiatif ini dirangka bagi membantu para penggiat industri daripada pelbagai sektor dan latar belakang dalam penganjuran program/acara seni budaya yang berimpak tinggi pada tahun 2022.
Mekanisme ditetapkan ini adalah seperti siling peruntukan dengan jumlah peruntukan maksimum GSSK yang boleh dipertimbangkan adalah sebanyak RM500,000.

Penganjur dibenarkan memohon lebih daripada satu penganjuran program atau acara pada tahun semasa 2022, tetapi setiap permohonan perlu mempunyai konsep dan pengisian yang berbeza.
Siling peruntukkan kepada NGO atau NPO pula ditetapkan pada nilai maksimum sehingga 90 peratus daripada kos anggaran perbelanjaan keseluruhan dan syarikat pula ditetapkan maksimum
sehingga 80 peratus daripada kos anggaran perbelanjaan keseluruhan.

Penyaluran pertama atau deposit sehingga 80 peratus daripada jumlah kelulusan sebelum sesuatu acara bermula, manakala  baki akan disalurkan selepas menerima dokumen-dokumen
lengkap daripada pemohon.

Pihak yang layak memohon GSSK adalah persatuan seni, budaya dan warisan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966; Pertubuhan  Bukan Berasaskan Keuntungan (NPO) seni, budaya dan warisan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966; Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016; Koperasi yang berdaftar di  bawah Akta Koperasi 1993; dan lain-lain entiti berdaftar dengan kerajaan dan diiktiraf oleh MOTAC.

Permohonan GSSK adalah sehingga 31 Ogos 2022. Tarikh  akhir penerimaan permohonan beserta kertas cadangan dan  tempoh pemprosesan adalah 60 hari sebelum pelaksanaan program
manakala tempoh pelaksanaan acara yang diluluskan adalah sehingga 31 Oktober 2022 dan sebarang pelanjutan tempoh  pelaksanaan selepas tarikh tersebut adalah tidak dibenarkan.

Maklumat lanjut untuk permohonan kedua-dua geran iaitu  Geran Sepadan Sektor Pelancongan  (GSSP) dan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) boleh layari www.motac.gov.my dan www.
tourism.gov.my.

Inisiatif MOTAC bantu penggiat pelancongan, seni dan budaya Ia dapat membantu para pemain industri berkaitan terus berdaya saing bagi  mempromosi Malaysia  sebagai destinasi pelancongan selamat…”

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN