Ibu negara dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Ibu negara dilanda banjir kilat

KEADAAN banjir kilat di Jalan Kuching.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa kawasan di ibu negara petang ini dinaiki air selepas hujan lebat yang berterusan lebih satu jam.

Hasil maklumat di media sosial, beberapa kawasan yang dinaiki air adalah Jalan Tun Razak; Bulatan Pahang; Jalan Sultan Ismail; Bulatan Sultan Hishamuddin; Jalan Pudu; Jalan Segambut dan Jalan Parlimen.

Turut terjejas iaitu, Jalan Mahameru; Jalan Kinabalu; Jalan Sultan Abd. Halim dan Jalan Travers dekat sini.

Utusan Malaysia difahamkan, siren di Sungai Toba Segambut Dalam telah dibunyikan disebabkan air Sungai Toba melimpah.

Selain itu, aras air di Sungai Gombak berada dalam paras bahaya.

Sementara itu, usaha mendapatkan maklumat sama ada terdapat mangsa terperangkap atau tidak di lokasi terjejas masih belum diperoleh dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kuala Lumpur.

Menurut jurucakap JBPM, bantuan telah digerakan di kawasan-kawasan terjejas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya