Himpunan empat planet muncul serentak lewat Subuh

Himpunan empat planet muncul serentak lewat Subuh

TANGKAP layar yang memaparkan kedudukan empat planet berhampiran di ufuk timur pada waktu subuh hari ini. - FOTO/FACEBOOK FALAK ONLINE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Para penggemar sains falak tempatan teruja apabila berpeluang menyaksikan sendiri himpunan empat planet muncul secara serentak di langit lewat Subuh hari ini.

Menurut pakar astronomi terkenal tanah air, Shahrin Ahmad, fenomena agak nadir berkenaan dapat dilihat dengan mata kasar sekitar 30 minit selepas azan solat fardu Subuh pagi tadi.

“Kita boleh nampak empat planet di sebelah ufuk timur dengan paling rendah dan baru sahaja terbit ialah Musytari namun yang paling terang ialah Zuhrah,” katanya menerusi akaun sosial.

Baki dua lagi planet yang berkumpul di kaki langit tersebut ialah Marikh dan Zuhal yang seolah terapung bersebelahan manakala lokasi Musytari dan Zuhrah pula agak jauh kedudukannya.

Fenomena alamiah itu turut dikenali dalam bidang astrologi atau kajian perihal pengaruh angkasa sebagai stellium atau satellitium kerana melibatkan kombinasi lebih empat planet berbeza.

Shahrin yang juga pengasas laman sesawang astronomi terkenal tempatan, Falak Online, juga memuat naik foto eksklusif panorama himpunan planet berkenaan sebagai rujukan pembaca. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya