Hasnuri tebar rasa cinta setiap hasil jualan - Utusan Malaysia

Hasnuri tebar rasa cinta setiap hasil jualan

Lapan mempelai yang diraikan sekali lagi sempena ulang tahun kelapan Hasnuri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sembilan tahun membina empayar perniagaan, Hasnuri terus mengekalkan elemen cinta dan kasih sayang dalam perusahaan mereka sejajar dengan hasrat menjadikan jenama itu sebagai pilihan pengguna.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya,Mohd Hasbullah Awang@Hassan, dia bersama isteri, Nuriah Zakaria atau Nuri, berbesar hati dengan sambutan yang semakin baik yang diterima untuk pelbagai rangkaian pakaian serta keperluan harian termasuk baju kurung, baju Melayu, Kurta, pakaian kanak-kanak, tudung, telekung keluarannya.

“Kami percaya setiap apa yang kita beli atau guna itu memberi nilai sentimental. Begitu juga cara kami menjalankan perniagaan dengan menyemarakkan rasa cinta. 

“Macam anda melihat seseorang memakai kereta mewah dilihat hebat dan berkarisma. Begitu juga saat memakai jenama kami, timbul rasa kecintaan.

“Koleksi raya tahun ini kami mengenakan tema warna sedondon. Kalau belikan untuk ibu bapa atau seisi keluarga baju raya sedondon, seperti mengalir cinta dan kasih sayang kita kepada mereka,” katanya.

Malah pada 26 Mac lalu, mereka meraikan ulang tahun kelapan perkahwinan dengan sebuah majlis dipanggil Mahligai Cinta Hasnuri turut diadakan di pejabat urusan yang digelar ‘Banglo Hasnuri’.

“Lapan pasangan pengantin bersama ‘bridesmaid’ turut menerima tajaan baju pengantin eksklusif tajaan kami. Majlis gilang-gemilang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran ‘top dropship’ seluruh Malaysia dan keluarga staf.

“Tak dilupakan majlis diserikan dengan artis jemputan, Haqiem Rusli dan isterinya, Anis Sofea. Lapan  pasangan pengantin diraikan juga memberi simbolik angka lapan tahun penubuhan jenama kami.

“Malah mereka berkahwin ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sebelum ini,” kata Nuri.

Nuri menambah, Mac bukan saja bulan ulang tahun perkahwinan mereka tetapi tarikh itu signifikan dengan ulang tahun permbukaan butik pertama kami pada tahun 2014.

“Saya dan suami juga mengimbangi hidup dengan menitik beratkan hal kerohanian seperti membaca Al-Quran dan solat berjemaah sesama pasukan kerja.

“Kami juga mengagihkan zakat kepada 24 buah sekolah di Pasir Gudang dan juga Kota Tinggi. Kerja pasukan kami juga dibina atas sikap percaya sesama sendiri.  Kami berniaga bukan sekadar nak kaya sendirian, tapi nak pastikan kaki tangan juga beroleh rezeki sama.

“Seterusnya dapat membina keluarga dan membantu sesama mereka dengan berkongsi rezeki atau gaji setimpal. Apa kami tekankan jangan lupa tanggungjawab sebagai orang Islam dan berbakti kepada ibu bapa,”katanya.

Sementara itu, Has berkata pengeluaran utama mereka lebih tertumpu kepada baju kurung dengan tahun lalu berjaya menjual lebih satu juta pasang baju kurung pasang siap.

“Kami tawarkan pakaian sedondon bagi merealisasikan budaya kerja dalam pasukan di pejabat dan sedondon bagi keluarga inginkan kebahagian dan kasih sayang dalam keluarga mereka. 

“Tahun ini, dengan raya bakal tiba, kami mahu sasarkan jualan lebih 2 juta pasang pakaian. Kami juga ada tiga cawangan baharu di Kota Tinggi, Paradigm Mall Johor Bahru dan Kota Bahru, Kelantan.

“Hingga kini, kami ada 60,000 ‘dropship’ di seluruh negeri. Kami nak lahirkan 1000 jutawan sebelum 2030. Kami juga mengalu-alukan anak muda dari usia 18 tahun ke atas untuk bekerja di Hasnuri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya