Harjeet Singh dilantik KSU Kementerian Kesihatan

Harjeet Singh dilantik KSU Kementerian Kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan , Datuk Harjeet Singh dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU), kementerian berkenaan yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, beliau percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh Harjeet mampu menerajui KKM untuk memberikan perkhidmatan dengan penuh integriti, cekap dan pantas. 

MOHD. Zuki Ali (kiri) menyerahkan surat pelantikan kepada Harjeet Singh sebagai KSU Kementerian Kesihatan yang baharu.

Menurut beliau, hal itu sejajar dengan slogan kementerian ‘Kami Sedia Membantu.

“Tahniah atas pelantikan Harjeet sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan berkuatkuasa pada 11 April 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mohd. Zuki menambah, Harjeet, 59, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Ohio, Columbus, Amerika Syarikat. 

Jelasnya, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan yang baharu itu telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun sejak mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1 Ogos 1989.

Mohd. Zuki memberitahu, Harjeet mempunyai pengalaman luas dalam bidang perancangan, pengurusan sumber manusia dan dasar serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam.

Pelantikan Harjeet adalah bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Syafiq Abdullah yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 10 Februari lalu. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya