Hari Kesihatan Sedunia 2022 tumpu kesihatan planet, penduduk - Utusan Malaysia

Hari Kesihatan Sedunia 2022 tumpu kesihatan planet, penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2022 hari ini memberi fokus kepada tema ‘Planet Kita, Kesihatan Kita’.

Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan memaklumkan, sambutan tahun ini menumpukan kepada usaha meningkatkan kesedaran terhadap langkah-langkah penting yang diperlukan untuk memastikan planet ini dan penduduknya sihat.

Menurut kenyataan tersebut, aspek kualiti udara, air bersih dan nutrisi merupakan topik-topik keutamaan tahun ini kerana kaitannya di seluruh dunia.

Tambahnya, adalah amat penting untuk mengiktiraf dan memantau hari ini dan menjalankan perbincangan tentang cara untuk terus memberi tumpuan kepada kesejahteraan masyarakat.

“(Ini) terutamanya susulan dua tahun yang sukar melawan Covid-19,” jelas kenyataan itu.

Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2022 diraikan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan WHO.

Jelas Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Dr. Rabindra Abeyasinghe, pandemik tersebut menyerlahkan betapa berkait rapatnya kesejahteraan manusia dengan planet ini.

“Sebab itu pada Hari Kesihatan Dunia kali ini, kita menumpukan kepada planet kita, kesihatan kita dan langkah-langkah wajar untuk mengekalkan kesejahteraan kedua-duanya,” katanya.

Kenyataan itu turut menggariskan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan dalam aspek udara bersih dan pengurangan pencemaran, air bersih dan nutrisi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya