PETALING JAYA: Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, platform membeli-belah dalam talian terkemuka di rantau ini, Shopee menyediakan promosi menarik dengan menawarkan harga terendah.
Melalui kempen Raya Bersama Shopee, ia bertujuan membantu rakyat Malaysia membeli-belah untuk persiapan Hari Raya pada saat-saat akhir. Para pelanggan bukan sahaja dapat menikmati harga terendah dan promosi terbaik, tetapi juga pelbagai tawaran menarik sedang berlangsung hingga 5 Mei 2022:
Penghantaran Percuma Perbelanjaan Minimum RM5.
Antara tawaran istimewa ialah penghantaran percuma untuk apa sahaja barangan yang dibeli tanpa mengira harga. Contohnya jika terlupa beli kayu manis atau bunga lawang untuk masakan rendang, tidak perlu risau kerana ia boleh didapati di Shopee dan anda boleh menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum hanya RM5. Tuntut baucar penghantaran percuma dan gunakannya sebelum mendaftar keluar untuk pembelian anda.
100 peratus Pulangan Tunai Syiling Raya.
Sempena kempen ini juga Shopee menawarkan penjimatan tambahan melalui Pulangan Tunai Syiling Shopee. Tanpa sebarang perbelanjaan minimum, anda akan menerima 100 peratus Pulangan Tunai Syiling (terhad pada RM5) untuk pembelian apabila anda menuntut dan menggunakan baucar 100 peratus Pulangan Tunai Syiling. Dapatkan Pulangan Tunai Syiling untuk pembelian biskut Raya di saat akhir.
Hadiah Mingguan Motosikal
Melalui peraduan Putar & Menang bagi mengumpul tiket emas setiap hari, pelanggan berpeluang untuk memenangi motosikal Vespa Sprint S150 dan jongkong emas sebagai hadiah saguhati.
SimplySiti
Bagi yang mahu mendapatkan SimplySiti Pearl Collection pula, ini adalah peluang terbaik kerana koleksi terbaharu jenama tersebut yang dilancarkan sempena Hari Raya Aidilfitri boleh didapati di Shopee. Layari https://shopee.com.my/simplysiti bagi mengetahui lebih lanjut. SimplySiti turut menawarkan diskaun hingga 10 peratus untuk produk kosmetiknya dan diskaun hingga 30 peratus untuk produk penjagaan kulit mulai sekarang hingga 30 April 2022.
Sorotan Shopee Mall, dengan Pulangan Tunai Syiling Shopee 25% setiap hari
Dapatkan produk-produk yang dijamin 100 peratus tulen daripada rangkaian jenama yang luas di Shopee Mall, dengan tawaran dan diskaun yang diperbaharui setiap hari. Nikmati hari diskaun 25 peratus, Pulangan Tunai Syiling Shopee 25 peratus dan baucar 25 peratus untuk pelbagai jenama serta banyak lagi! Raikan Raya Bersama Shopee dengan potongan harga hebat daripada 40 peratus daripada jenama kegemaran anda seperti vivo, Watsons, Laneige, Levi’s dan banyak lagi!
Anda juga boleh menikmati tawaran hebat daripada jenama di Shopee Mall seperti Caltex, Dr. Cardin, Gaabor, Grafen, Kitchenz, Logitech, Maserati, MY Mentholatum, MYDIN, Polo Hill, Tealive dan Vinda.
#ShopeeGivesBack
Sempena perayaan Hari Raya, #ShopeeGivesBack dan Shopee Supermarket bekerja sama demi berkhidmat kepada golongan yang kurang berkemampuan. Mereka bersama-sama menjemput semua rakyat Malaysia untuk menghulurkan tangan kepada yang memerlukan.
Beli Care Box pilihan anda untuk didermakan kepada NGO terpilih. Bagi setiap Care Box yang dibeli, Shopee Supermarket turut akan menderma RM4. Hulurkan sumbangan anda di sini – https://shopee.com.my/m/supermarket-raya-specials.
Tawaran menarik daripada ShopeePay dan ShopeeFood
Pada Hari Raya ini, jimatkan perbelanjaan minyak dan dapatkan ganjaran apabila anda membayar menggunakan ShopeePay. Dapatkan pulangan tunai RM5 dengan perbelanjaan minimum RM25 di mana-mana stesen Caltex. Tambahan pula, dapatkan lebih banyak lagi dengan ShopeePay dengan memanfaatkan baucar ShopeePay 1 sen daripada pelbagai kedai!
Adakah anda bakal berkumpul bersama seisi keluarga serta rakan-rakan pada Hari Raya ini? Meriahkan perayaan dengan makanan lazat daripada ShopeeFood. Pilih daripada pelbagai makanan istimewa di platform tersebut dan nikmati penghantaran percuma sepanjang hari! Untuk tawaran yang lebih menarik, beli ShopeeFood Savings Pass pada 1 Sen bagi mendapatkan lebih banyak diskaun!
Bagi maklumat lanjut mengenai Raya Bersama Shopee, layari https://shopee.com.my/m/raya-sale- UTUSAN