Hanya 4% mahu Najib kembali sebagai PM - kajian

Hanya 4% mahu Najib kembali sebagai PM – kajian

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hanya 4 peratus daripada pengundi negara ini yang mahukan Datuk Seri Najib Tun Razak kembali sebagai Perdana Menteri pasca Pilihan Raya Umum Ke-15.

Perkara itu dikongsikan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berdasarkan satu kajian yang diadakan pihaknya pada akhir Februari lalu.

Rafizi berkata, Najib menjadi pilihan terakhir calon Perdana Menteri pilihan rakyat berbanding lima nama tokoh politik lain termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ismail Sabri merupakan individu paling tinggi menerima undian iaitu sebanyak 21 peratus,” kata Rafizi seperti dipetik dalam laporan portal berita.

Menurut Rafizi, kajian tersebut membabitkan 2,500 responden dan diadakan pada setiap bulan.

Menerusi kajian itu, sebanyak 60 peratus responden menolak nama-nama besar tokoh politik itu yang menandakan pengundi mahu pembaharuan di dalam kepimpinan negara.

“Yang paling tinggi mereka tolak semua calon dan mahu nama lain, semua nama yang diberikan 10 peratus tapi Najib empat peratus sahaja walaupun dia perasan dia popular.

“Bagi saya ini bukan mengenai parti tapi lebih kepada harapan pengundi biasa,” katanya lagi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya