Hamidah tidak buat kajian cermat isu tanah lapangan terbang - Saarani - Utusan Malaysia

Hamidah tidak buat kajian cermat isu tanah lapangan terbang – Saarani

SAARANI Mohamad (tengah) beramah mesra dengan anak yatim pada majlis berbuka puasa bersama kepimpinan UMNO Bahagian Teluk Intan hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman tidak membuat kajian yang teliti berhubung isu penjualan tanah lapangan terbang Seri Iskandar di Perak Tengah.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kenyataan Hamidah tanah lapangan terbang itu yang dikatakan sudah bertukar milik tetapi sebenarnya tidak dijual, sedangkan pindah milik tanah itu belum dibuat kerana pembeli belum membayar penuh harga jualan tanah itu.

“Hamidah tak buat kajian secara cermat. Oleh kerana pembeli belum membayar penuh harga jualan tanah itu maka kita belum membuat pindah milik daripada PKNP (Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) kepada pembeli.

“Memanglah kalau dia semak sekarang tanah itu masih nama PKNP, sebab pindah milik belum dibuat tapi kalau dia (pembeli) sudah bayar penuh nanti, pindah milik akan dibuat.

“Sebab dalam perjanjian jual beli itu telah dinyatakan setelah dia (pembeli) bayar penuh maka akan dipindah milik, maka itu menjadi hak orang, sekarang ini betulkan sebab belum dipindah milik sebab kita belum membuat pindah milik daripada PKNP kepada pembeli,” katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia pada majlis berbuka puasa bersama kepimpinan UMNO Bahagian Teluk Intan di sini hari ini.

Ditanya sama ada pembinaan lapangan terbang itu tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan, Saarani berkata, pembinaannya diumumkan semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

“Sebelum PRU, Najib sewaktu menjadi Perdana Menteri telah mengumumkan Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membina lapangan terbang baharu di Seri Iskandar.

“Jadi bukan kerajaan negeri yang meluluskan atau membatalkan pembinaan lapangan terbang sebab ini urusan kerajaan Pusat di bawah Kementerian Pengangkutan,” katanya. 

Sebelum ini, Hamidah berkata, tanah yang dikatakan telah dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri sebenarnya masih milik PKNP.

Beliau berkata, perkara itu ditemukan beliau melalui dokumen hasil carian persendirian di Pejabat Tanah Daerah Kinta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya