Guru KAFA rotan pelajar disiasat 

Guru KAFA rotan pelajar disiasat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu siasatan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kejadian seorang guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di sebuah sekolah merotan pelajarnya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar berkata, siasatan itu dijalankan susulan satu laporan dibuat oleh bapa mangsa berhubung kejadian pada 29 Mac lalu, kira-kita pukul 9.05 malam.

Kata beliau, bapa berkenaan mendakwa, guru tersebut dikatakan tidak berpuas hati dengan anaknya yang meminta rakannya yang duduk di bahagian hadapan kelas menanggalkan songkok kerana sukar melihat tulisan di papan putih.

“Siasatan awal mendapati, guru terbabit telah merotan pelajar tersebut sebanyak lima kali hingga mengakibatkan badannya mengalami kesan calar.

“Mangsa juga telah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliu, dalam melengkapkan siasatan, pegawai penyiasat kes ke sekolah berkenaan namun dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa guru terbabit sedang bercuti dan kini berada di luar kawasan. 

Kata beliau, kes disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan. 

“Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kes ini dan ingin ditegaskan sebarang bentuk kekerasan ke atas pelajar sekolah dianggap kes serius.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 selain boleh tampil mana-mana balai polis yang berhampiran,” jelasnya.

Terdahulu, tular dalam laman sosial twitter mengenai bapa saudara kepada mangsa mendedahkan kejadian yang menimpa anak buahnya.

Pendedahan itu dilakukan pengguna Twitter berkenaan selepas mendakwa pihak sekolah berkenaan memohon untuk menangguhkan untuk mengambil tindakan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya