Gunaraj tawar diri tanding Naib Presiden PKR - Utusan Malaysia

Gunaraj tawar diri tanding Naib Presiden PKR

GUNARAJ GEORGE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Ketua PKR Cabang Kota Raja, Dr. Gunaraj George menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden parti itu pada pemilihan akan datang.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat dan pandangan semua pihak termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Berbekalkan pengalaman sebagai aktivis parti dan ADUN, saya membawa tekad baharu bagi menggarap kekuatan akar umbi dan mendukung institusi Presiden mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) kelak. Saya dengan penuh rendah diri menawarkan diri sebagai calon bagi memikul tanggungjawab besar jawatan Naib Presiden PKR (2022-2025),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Gunaraj, pemilihan PKR 2022 bagi memperkukuhkan parti dan mengisisi kelompongan kepimpinan yang ditinggalkan oleh pemimpintidak bertanggungjawab.

“Menjadi tanggungjawab anggota parti untuk memastikan parti terus intek dan dapat memberi sokongan kepada institusi Presiden. Semua pejuang PKR diseru terus membawa agenda memperjuangkan nasib rakyat marhaen,” jelasnya.

Tambah beliau yang juga Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat Menteri Besar Selangor, PKR kekal utuh biarpun beberapa nama besar meninggalkan parti sejak Langkah Sheraton lalu.

“Parti ini bukan milik individu namun milik rakyat dan mana-mana pemimpin boleh keluar tetapi parti tetap utuh. Kita kena jelas siapa musuh sebenar dan kini masa terbaik untuk mara ke hadapan,” jelasnya.

Baru-baru ini, Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad turut menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti itu pada Mei nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya