GRS-BN yakin mampu menangi kerusi Batu Sapi PRU-15

GRS-BN yakin mampu menangi kerusi Batu Sapi PRU-15

HAJIJI Noor (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di Masjid Wasatiyyah, Sandakan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) yakin mampu memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Menteri merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau yakin dengan kerjasama dan perpaduan utuh dalam GRS-BN, mereka akan memenangi kerusi Parlimen berkenaan.

“Amat penting kita bersatu padu bersama-sama menghadapi PRU. Jangan kita terus bertelagah dan berpecah antara satu sama yang lain,” katanya selepas Majlis Iftar rakyat bersama masyarakat Batu Sapi di pekarangan Masjid Wasatiyyah, Jalan Batu Sapi, semalam.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, kerajaan GRS-BN akan melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negeri Sabah agar negeri ini tidak tertinggal dalam aspek pembangunan.

Dalam majlis berkenaan, Hajiji turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf yang terpilih.

Turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif dan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Mohd. Edris.

Kerusi Parlimen Batu Sapi diisytiharkan kosong setelah penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru pada 2 Oktober 2020.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya