Garis Panduan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 dibentang segera

Garis Panduan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 dibentang secepat mungkin

RADZI Jidin (kiri) semasa meninjau pengoperasian sekolah tanpa sistem penggiliran di SK Seri Ketereh, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 termasuk aktiviti kokurikulum yang dibenarkan antara sekolah-sekolah serta penggunaan kantin akan dibentangkan bulan ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, perbincangan berkaitan garis panduan itu sudah memasuki fasa akhir dan diumumkan secepat mungkin selepas dimuktamadkan.

“Garisan panduan ini berdasarkan peralihan negara ke fasa endemik dan mengambil kira pandangan serta perincian daripada Kementerian Kesihatan dari sudut kesihatan.

“Ia juga bakal meliputi aktiviti kokurikulum antara sekolah-sekolah, berbanding sebelum ini apabila aktiviti tersebut hanya berlangsung dalam sekolah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Radzi berkata, pelajar yang tinggal di asrama dan mempunyai kontak rapat kepada pesakit positif Covid-19, namun, tidak bergejala boleh hadir ke sekolah seperti biasa tanpa perlu lagi menjalani kuarantin kendiri.

Beliau juga berharap semua pihak sama ada guru, ibu bapa dan pelajar terus memainkan peranan untuk sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya