Fahmi, Farhash rebut Naib Presiden PKR

Fahmi, Farhash rebut Naib Presiden PKR

FAHMI FADZIL dan FARHASH WAFA SALVADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Farhash Wafa Salvador hari ini mengesahkan bertanding jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan parti itu penggal 2022/2025.

Farhash Wafa yang juga bekas Pengerusi PKR Perak berkata, keputusan itu diambil bagi memberi laluan kepada Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution mencabar Mohd. Rafizi Ramli merebut jawatan Timbalan Presiden.

“Saya (hari ini menghantar borang pencalonan) bertanding Naib Presiden. Sebenarnya banyak sokongan daripada akar umbi meminta saya pergi ke Timbalan Presiden, (tetapi) saya bagi laluan kepada Saifuddin untuk bertanding Timbalan Presiden melawan Mohd. Rafizi. 

“Sokongan saya teranglah, kalau bagi laluan dekat dia (Saifuddin), bagi sokongan dekat dialah,” katanya kepada pemberita, hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan borang pencalonannya di Ibu Pejabat PKR, di sini. 

Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk bertanding Timbalan Presiden bagi mencabar Mohd. Rafizi. 

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PH itu mengakui gementar, namun akan berusaha untuk mengukuhkan struktur parti sekiranya dipilih. 

“Kalau sebelum ini saya selalu mengiring pimpinan yang lain, tetapi kali ini saya diiring. Harapan saya (adalah) untuk pertandingan yang sihat dengan meraikan demokrasi. 

“Kukuhkan struktur parti (bagi) memastikan bahawa segala yang telah berlaku selepas Langkah Sheraton itu bukan sahaja kita bersihkan, tetapi kita bina yang lebih baik daripada yang dahulu.

“Di samping kita bercakap soal pemilihan, kita juga mengaktifkan akar umbi untuk berhadapan dengan kemungkinan pilihan raya pada bila-bila masa,” jelasnya. 

Selain Farshash dan Fahmi, antara yang menawarkan diri sebagai calon kerusi itu adalah Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua PKR Cabang Kota Raja, Dr. Gunaraj George. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya