PETALING JAYA: Pasangan selebriti, Intan Ladyana dan Harris Alif, menamakan cahaya mata sulung mereka sebagai Evie Khadeeja.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem popular Adnan Sempit itu menerusi satu perkongsian foto keluarga, di entri Instagram miliknya.
Sekaligus, dia tampil mendedahkan wajah puteri sulung mereka itu.
“Salam Ramadan daripada kami, Harris, Intan dan baby Evie Khadeeja,” coretnya ringkas.
Menjengah di entri Harris, penyanyi itu juga ada memuat naik perkongsian yang sama.
“Salam Ramadan Al Mubarak. Gambar pertama keluarga bersama Evie Khadeeja,” tulisnya.
Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet dan rakan artis turut memuji kecomelan wajah puteri mereka selain mendoakan yang baik-baik buat bayi tersebut.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Februari 2021.
Intan kemudiannya selamat melahirkan anak perempuan mereka, Evie Khadeeja pada 31 Januari
lalu.